Thursday, September 29, 2011

Progesterone Test

Day 21 sy kena buat blood test. FYI period sy regular tapi panjang dlm 35 days.
Balik pada citer test ni. Masa D 21 adalah hari bekerja, jadi sy try la tanya kat klinik tempat kerja saya kalau mereka boleh buat test, jawapannya kena tanya doktor dulu, kalau ya pun boleh still kena hantar kat lab luar sbb lab kat klinik tempat keje saya boleh buat yg basic aje. Saya pun jumpa la Dr N, mula2 dia kata ok je..tapi bila dia mintak lab technologist tu cx balik kat boss besar..boss besar tak kasik..lepas tu Dr N tanya kat Lab Technologist tu boleh tak buat kalau patient bayar?, boss besar kata tak boleh jugak..saya tanya harganya berapa? RM 40 je..saya pun tak tau kenapa boss besar iteww tak benarkan bukannya saya nak free pun, sample tu pun bukan diorang hantar sendiri, org Gribbles akan dtg amik. Ok takpelah Dr N cakap sorry mungkin bos besar berpegang kepada arahan klinik tak menanggung rawatan fertility. Tapi Dr N bagi saya semangat dia kat ada staf dia PCOS tapi anak dah dua, in fact dia sendiri 7 thn baru dapat anak..saya tanya dia ada buat apa rawatan ke? Dia kata takk..just urut2 aje, and medic cx tapi tak proceed pun IUI walaupun Dr cadangkan. Dia minta saya bersabar dan jgn stress2.She wished me all the best.

Setelah keciwa saya pun pi la klinik panel, tanya benda yg sama, jawapannya juga mengeciwakan..dia kata test tu mahal takut patient tak nak (tak nak ke hapa aku memang nak lah).menyampah ok.

Selepas itu saya p the 2nd panel- dekat2 ngan umah saya..saya pun tak berapa confident boleh ke tak..kebetulan masa saya sampai kat situ tak de space nak parking, sy pun terus buat decision utk p BP lab yg terletak kira2 15km from my house and 30km frm my workplace.Test itu hanya RM 25 aje..apa lah susah sgt..saya tanya harga test seterusnya LH, FSH, thyroid, etc..dalam RM 140. Result  dapat dlm 2 hari, sy suruh dia email dulu result, hardcopy sy collect weekend. Dia cakap no prob. Result dapat lambat sbb sample kena hantar KL.

Mcm tu lah citernya..lps ni saya nk buat the 2nd test kat situ jugak.

Kos hari ni:
Blood Test : RM 25

*Sy dah dpt result sgt low rasanya 4.5 :( tgh tunggu reponse from Dr. apa; step yg patut sy buat lps ni.).

1st Appointment

Saya dah set appointment sy kat HUKM masa bulan puasa. Saya terus tanya dr mana yang buat IVF, receptionist beritau sekarang ada 1 dr je yg buat IVF kat situ..so saya pun pilih Dr Z (saya tak sure if di HUKM yg tak private ada dr lain yg boleh buat IVF). Dr adalah seorang yg busy jadi kena sabar bila nak tunggu dia..tapi Ok tak kisah sebab dia baik dan hensem (heh.heh..)

Maka pada pertengahan bulan Sept bermulalah perjalanan ini..

  • Spt biasa terangkan semua apa2 yg patut pd Dr. pasal previous treatment, tests dan lain2.kena terus terang tak boleh tipu2 ok..sy bwk X-ray HSG sy sekali.
  • Buat TVS..malu....Dr cx dua2 ovaries PCOS (sedih..) yg sebelah kiri dah ternaik sikit.
  • Dr suruh buat blood test on day 21 Progesterone. Day 2-5 LH, FSH etc. Dr suruh buat kat tempat saya je kat Gribbles, BP Lab ke or mana2 tak payah datang HUKM susah nk dtg jauh2 katanya.
  • Dr suruh juga buat TVS untuk Follicle tracking pada hari2 slps makan clomid (tak ingat sgt hari ke berapa kena cx balik).3 kali, juga dia suruh buat kat area sy tinggal..
  • Dr bagi e-mail address, utk inform kan pada dia ttg perkara di atas, boleh jimat consultation fee katanya.
  • Sy diberi Folic Acid 5 mg dan Clomid 150 mg
  • Kos consultation fee + ubat = RM 261 (ubat tak mahal dlm RM 6 je)
Selepas itu kami balik dgn penuh pengharapan..(Dalam hati rasa kesian pada hubby sbb dapat isteri yg bermasalah). I told him "I'm sorry.."

Wednesday, September 28, 2011

Salam

Salam perkenalan untuk kawan TTC semua. Hmm just nak kongsi2 pengalaman dan juga carik support group.Well, this journey is quite a lonely journey..yelah walaupun husband sentiasa bersama bila pergi check up, urut,,what not..tapi kita sendiri yang merasa dan lebih memahami body kita..lagipun bukan kita boleh share dgn sembarang org kan pasal ni, hanya mereka yg merasai aje yg memahaminya..so hopefully dengan blog ni dapatlah saya tulis apa2 yg berkaitan selain daripada reminder kepada diri sendiri apa yg dah dibuat.

Mula-mula saya nak citer sikit pasal history TTC saya :
  • dah kahwin masuk 6 tahun (uiiiiii..lama tu..)
  • before this TTC gitu2 je tak serius sbb lebih kurang 6 months after kawin sy sambung belajar..masa belajar lagilah sgt2 tak berusaha, kebetulan masa tu arwah mak tgh sakit jadi masa byk spent kat study and berulang-alik ke hospital.
  • 2007 my best friend buat lap sbb endometriosis (dia single), masa tu tak semena2 rasa takut..trus sy sorang2 p PUSRAWI jumpa Dr A, masa tu plak bulan puasa jd Dr A buat abdominal ultrasound je, dia detect ovary sebelah kanan sy bengkak..tapi dia tak buat conclusion apa2 dia suruh dtg lg lepas raya, masa tu saya terus sedih..lepas tu chickened-out sy tak dtg2 pun jumpa dia lagi..
  • 2008 balik semula bertugas (saya kerja ngajor-ngajor orang..) terpikir nak seek treatment kt area2 tmpt sy keje..sy n hubby pun p private hospital jumpa Dr S..orgnya baik, dia suruh kami ubah lifestyle makan ikut blood type..sebelum tu kami buat comprehensive blood test sgt mahal ok..(at least for me)dalam 2K tp sbb dh nk sgt buat ajelah..masa tu buat pap smear & SA sekali.Dr S ni seorang yg naturophaty dia tak suka drugs..lagipun masa tu berat saya teramat2 lah berat jadi dgn mengamalkan blood type diet saya berjaya kurangkan 6 kg dlm 9 hari. Treatment masa tu lebih fokus kepada turunkan berat badan dan menyihatkan badan. Banyak jugalah benda yg dia cadangkan (of course semuanya duit..) filter air alkali lah-RM3K, kami tak beli, ubat2 detox-pun tak beli jugak..saya hanya beli USANA je from him.Result blood test OK2 je..yg failed bhg cholestrol as always.SA pulak semuanya OK, morphology je ada kurang sikit. Dr S suruh buat SA lagi..tapi kami tak buat..rawatan hanya terhenti setakat itu sahaja.
  • 2009 usia makin meningkat @ tua..setelah discussed dgn hubby we decided utk buat treatment kt area KL pulak (FYI we are living about 300km away frm each other @ PJJ)..reason being senang sikit hubby nak teman tak payah ambik cuti lagipun bos dia sgt kedaung bab2 cuti ni. Bermulalah treatment kami dgn Dr H-private jugak. Berat badan masih tak ideal Dr kasi Metformin, Adipex(ingat2 lupa), clomid, sebelum tu Dr H buat TVS n dia nampak ovari saya PCOS--ooh baru saya tau jawapan kepada ovary bengkak tu..slps tu Dr suruh buat HSG. Gitu gini treatment berjalan dalam lebih kurang 4-5 bulan. Dr suruh try natural tak jalan jugak telur sy tak banyak.Akhirnya kami buat keputusan buat IUI - Dr H x ada proposed kan pun..masa tu ada 2 telur,bukan rezeki kami IUI tu failed-masa tu saya pun macam rasa tak bersungguh2 jadi tak adalah frust nonggeng.
  • 2010 berehat tak ada buat apa2 urut pun on off, tak dpt carik yg sesuai..pengalaman saya kebanyakan tukang urut ni suka bercerita tentang testimoni kejayaan masing2 (itu tak apalah saya faham..) dan nama sebenar patients adalah digunakan dan juga masalah mereka dinyatakan (bukan semua tukang urut).Patients tu kekadang sy kenal..kawan kerja..isteri opis mate..sy tak suka nanti nama saya pun diiklankan juga..Dah berehat je lagi pun sy tak selesa bhg perut digodeh2 kekadang rasa cramp mcm tercedera after each session.
  • 2011 lepas raya kami start balik dgn harapan kali ini akan membuahkan hasil,kami ke HUKM  yg private punya sbb tak nak tunggu lama, kali ni dah nekad nak buat IVF terus..tapi bila jumpa Dr dia suruh try clomid n buat IUI dulu, if only it fails baru try IVF yg riban2 cost nyer tu..tak apa demi mu anak..kereta  rumah ribu riban sampai berhutang bertahun2 takkan IVF dlm belas2 ribu tu tak boleh ye tak (walaupun kami ni bukan banyak duit mana..). Semoga Allah melimpahi rezeki kepada kami dan juga kawan2 semua yelah nak buat rawatan ni bukannya murah kan even p gomen pun still kena bayar ye tak? Kenapa sy nekad nak IVF terus? usia saya dah siri 3 lagipun tahun depan kalau boleh sy nak sambung belajar.