Tuesday, November 1, 2011

Tentang TVS

TVS..Sakit tak? Bergantung kepada doktor. Sy pernah buat di Klinik Dr Hamid, Johor Maternity, Putra Medical Center (PMC)  dan MAC.
Paling saya tak suka masa buat di PMC dan MAC sakit! rasa macam kena korek2. Saya perasan ianya jadi tidak selesa bila transducer disalutkan dengan sarung tangan getah (latex), bukan sarung tangan basuh pinggan ya puan-puan. Di Johor Maternity doktor menyalutkan transducer dengan kondom. Sy pernah terbaca blog di mana tuannya itu bekerja dengan alat2 x ray, ultrasound, etc, beliau mengatakan transducer itu sepatutnya disalutkan dengan kondom bukan dengan sarung tangan getah. Ini kerana sarung tangan getah akan menghadkan view, itu yang doktor kena jolok ke kanan ke kiri berulang-ulang kali. Oleh kerana sy buat rawatan di HUKM maka selepas ini saya terpaksa redha nampaknya dengan "sarung tangan getah".

No comments:

Post a Comment