Tuesday, October 1, 2013

Lost My Way Here

Laaaaaaaama sangat tak update blog..lupa username and password.. apa dah..

Apa khabar mommies semua..ada berita gumbira..kala ada Alhamdulillah. Kalau belum lagi teruskan usaha OK..

don't be sad, be happy :)

Almost 2 tahun tak ada entry. Sedey..Sebenarnya towards penghujung 2011 dan separuh tahun 2012 saya focused pada treatment di MAC HUKM. Suka, duka, tangis dan tawa semua ada.

Diringkaskan cerita saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung bulan Februari 2013. Alhamdulillah, rasa macam tak percaya pulak jadi ibu. Maklumlah setalah 7 tahun berkahwin baru dikurniakan baby. Kuasa Allah, saya berjaya conceived setelah melakukan FET. The first try, tak erjaya (sangat sedih masa tu, tapi think positive- everything happens for a reason). Saya took a break hampir 6 bulan baru try FET. Takut juga kalau gagal, tapi kalau tak cuba macamana nak Berjaya, so saya gagahkan jua. Selepas FET, Prof Zainul tak suruh test kat rumah, sy confirme the pregnancy in the next visit after the FET, masa tu dah 6 weeks. Naturally we were happy, siapa tak gembira kan, setelah melalui segala eksperimen sains dan teknologi dan etc.
 
FET
Transfer 3 embrio, tapi Allah tahu satu ialah terbaik untuk saya dan suami.Ada lagi 3 in storage. Insya Allah, walaupun satu hari nanti Allah tentukan saya boleh pregnant naturally saya tetap akan buat another FET. Bila? tunggu slim sket..Right now I still look like a pregnant lady :(
 
PREGNANCY
Agak teruk juga, mostly sebab gastric, tak boleh nak makan sangat sbb nanti ada gastric reflux (gemok jugak). Kena cirit birit muntah2 sampai lembik.Lepas sarapan je mesti jantung degup deras dan peluh cam nak pitam sebab gastric, masa 6-7 bulan kena kencing kotor bukan takat tu je, kat private part rasa sakit (sorry) dan macam2 lagilah. Dahlah suami tak duduk sama, so sorang2 je lah menanggung segala sakit pingang, simpul biawak tengah malam bagai. Tapi dipenghujungnya it was all worth it.
 
DELIVERY
Saya melahirkan secara C Sect. I chose for it. Kenapa? I didn't want to pose any risk on the baby, he is our precious. Awal2 mmg plan nak natural birth tapi bila saya baca mcm2 kisah baby lemas, etc sy jadi takut. My Dr was open about it. Tapi bila towards the end of the pregnancy Dr cx umblical(betul ke eja?) chords blocked cervic so it was a good choice to deliver through C Sect, as we did not want to risk on anything. Sy delivered on my 37 weeks-unplanned patutnya minggu 38, masa pergi dah terbukak 1 cm, so drpd elective terus jadi emergency c sect. Masa prosedur mmg tak selesa sbb tak puasa (baru lepas 3 jam makan)rasa nak muntah dan asyik Tanya Dr bila nak siap jahit?Masa tu husband boleh masuk sekali Dr kasi sbb precious baby (selain nak kasi insap sikit heh hhe). Husband cakap dia Nampak darah banyak jatuh kat lantai.
 
Lepas keluar baby tak terus  nangis-keadaan kalut kejap, sy mmg takut giler (kalau ingat2 balik nak nangis pun ada) Dr bius dan nurses semua dah keliling dia buat suction etc, last2 dr cocok jarum kat montot dia baru lah nangis. Alhamdulillah..
 
Sy bersalin kat private hospital yg tak ada facility NICU, Dr suspected my baby ada problem with pneumonia, so baby transferred ke hospital kerajaan dalam 2 jam lepas lahir (sedih sgt2 sbb berpisah). Ambulan hospital kerajaan datang jemput baby..sedih..sedih..saya checked out dulu bbay stayed kat NICU 5 hari. Lps 5 hari checked out, tapi ada kuning pulak, tapi mild just buat daily check up kat KK je.


BERPANTANG
Pantang biasa2 aje. hire confinement lady dalam 3 minggu, dtg daily.hari ke 31 dah minum ais-masa tu cuaca tgh summer sgt2. Kesannya, gemok gedempol.

BREASTFEEDING
Dengan rasa rendah diri-saya tak BF, tak pernah direct contact BF, sebab? tak kuat semangat. Teruk kan? Rupanya putting sy cenonet dan baby dah tak sabar nak dpt susu (masa kat NICU minum pakai cawan-kejap je dah siap). Masa lps deliver x ada terus BF (spital swasta tak ada policy BF). Masa pantang ada juga pam tapi adalah 1 oz 2 oz.  boleh nak keluar byk, sbb baby tak pernah hisap direct.Last2 saya surrender, kesian anak saya kalau letak kat breast tak ada apa2 feeling. Sebelum tu nurses dh tolong jugak tp sy kot yg tak reti camana nak gayakan. Saya harap lepas ni kalau Allah bagi rezeki lagi sy dapat BF.Sekarang baby minum susu kambing Karihome.
 
 
Akhir kata, kepada yang Berjaya tahniah, kepada yang masih berusaha-do not ever give up. Cubalah apa kaedah sekali pun yang termampu paling penting ianya tak menyalahi hukum Allah.
 
 

Friday, November 11, 2011

SA & Freezing @111111

Cantik no tu kan? Malah hari ni org berebut2 tempah tok imam nak menikah. Ada sapa yg anniversary hari ni? Happy anniversary lah ye..

Hari ni 111111 bukan anniversary saya..tapi hari ni suami saya buat Sperm Analysis dan freezing sekali kat MAC HUKM. Saya tak ikut..entah apa kejadian yang berlaku kat Bilik Berkat MAC tu saya tak tahu lagi. Tadi baru called dia kata semua OK..Alhamdulillah, so sperm terus buat freezing.Dia sampai rumah 3 jam lagi. Lepas ni baru interview.


Seperti yang telah saya gebang2kan sy akan buat ICSI, jadi Dr kata kalau sperm OK terus buat freezing aje..jimat masa dan tenaga (bukan senang nak keluarkan sperm dalam keadaan tertekan). Saya tak tahu bilik berkat tu ada apa..melalui googgling katanya dalam tu ada TV besar & DVD player..DVD XX tak tahu ada ke tak..kalau tak ada bawak siap2 dari rumah kih..kih (mcm lucah tapi I tell you mmg susah nak keluarkan S dalam keadaan cam tu).

2009 saya pernah buat IUI, sperm collect kat Klinik Dr Hamid, tempat projek berkat adalah di bilik bedah klinik tu..menurut husband keadaan tu membuatkan  dia rasa stress. Mungkin Dr Hamid betul2 nak berkat wal barakah jadi beliau tak nak libatkan elemen2 lucah whatever dgn kaedah rawatan beliau..masing2 punya cara. Di LPPKN katanya bilik pun ala2 di MAC.

Sebelum SA minimum tak boleh bersama selama 3 hari dan tak lebih 5 hari maximum.Sebab min & max boleh affect pada SA result @ quality (kalau nak freezing). Disamping itu di pihak sang suami try lah apa2 petua yg patut untuk tingkatkan kualiti sperm. Contoh: madu (ayam kampung) dan telur. Disamping itu doa kepada Sang Maha Pencipta jangan dilupa-wajib.

Kepada yang terbaca, doakan usaha kami ini berhasil ya..Amin.


Kos SA & Freezing :  RM100.

*New info MAC tak ada DVD XX, sapa nak bawak sendiri

Tuesday, November 1, 2011

Tentang TVS

TVS..Sakit tak? Bergantung kepada doktor. Sy pernah buat di Klinik Dr Hamid, Johor Maternity, Putra Medical Center (PMC)  dan MAC.
Paling saya tak suka masa buat di PMC dan MAC sakit! rasa macam kena korek2. Saya perasan ianya jadi tidak selesa bila transducer disalutkan dengan sarung tangan getah (latex), bukan sarung tangan basuh pinggan ya puan-puan. Di Johor Maternity doktor menyalutkan transducer dengan kondom. Sy pernah terbaca blog di mana tuannya itu bekerja dengan alat2 x ray, ultrasound, etc, beliau mengatakan transducer itu sepatutnya disalutkan dengan kondom bukan dengan sarung tangan getah. Ini kerana sarung tangan getah akan menghadkan view, itu yang doktor kena jolok ke kanan ke kiri berulang-ulang kali. Oleh kerana sy buat rawatan di HUKM maka selepas ini saya terpaksa redha nampaknya dengan "sarung tangan getah".

Nervous

Sy tengah nervous dan juga stress. Bukan sebab pregnant atau tidak.
Ceritanya..Khamis ini saya dipanggil untuk ditemuduga di sebuah IPTA di Selangor. Ini adalah temuduga saya yang pertama selepas 10 tahun. Walaupun sebenarnya sy rasa macam tak layak untuk jawatan yang diiklankan, ini memandangkan ahli akademik di fakulti tersebut hampir keseluruhannya mempunyai Phd.Saya...tak ada..
Saya tak ingat..tahun lepas (2010) secara suka2 saya ada mengisi borang permohonan jawatan online. Pada awal tahun ini pula- Mac kalau tak silap saya dihubungi oleh staf fakulti tersebut untuk menghantar CV dan permohonan lengkap ke Ketua Jabatan. Saya pun dengan terketar2 meminta izin daripada ketua saya untuk memajukan permohonan rasmi (saya kerja kerajaan jadi perlu ada restu ketua).Dalam bulan Mei pula 2 orang rujukan sy telah dihubungi melalui surat, dan mereka diminta untuk memberikan rujukan bertulis mengenai saya. Selepas itu senyap..sy pun tak mengharap memandangkan tahun ini kerajaan membekukan recruitment bagi jawatan tetap. Tiba2 pada minggu lepas sy dimaklumkan mengenai temuduga ini. 
Apa pun sy harap Allah akan memberikan sy rezeki di tempat tersebut. Sy juga berharap ini adalah satu petanda usaha2 TTC sy suami isteri akan membuahkan hasil. Dalam keadaan sekarang di mana saya dan suami tinggal berjauhan agak sukar untuk rawatan masalah dunia sy ini.

Kepada yang terbaca mohon doakan saya..rasanya cukuplah 6 tahun dalam Perkahwinan Jarak Jauh..sudah tidak sanggup lagi.

Friday, October 28, 2011

IUI CANCELLED

Nampaknya belum rezeki saya bulan ni. Telur2 yang ada kategori degil, tak mahu membesar pada kadar yang sepatutnya. Jadi memang tak layak untuk diIUIkan. Lepas TVS di MAC HUKM saya jumpa Dr. mak datok datin..ramainya..saya dapat jumpa dalam kira2 jam 7.30 pm..itupun selepas sy ada 4-5 patients.Dr pun dah muka penat..kali ni dia cakap tak payah buat IUI sbb ada hydroslapinx..mungkin the other tube pun ada jugak..terus buat ICSI katanya.Saya tanya knp x IVF?dia kata ICSI lagi canggih, terus cucuk sperm kat ovum, sperm tak banyak pun boleh buat, harga sama dgn IVF sbb equipment beli pakai fund government kalau kat luar tambah lagi RM5k..So next step, sy kena cucuk Puregon pulak start with 200iu.

Caj pada kali ini
TVS di MAC : RM 50
Consult dr : RM 58.50 (campur tax)

*Harga2 yang di tayangkan hanyalah untuk panduan semata2 tak ada niat untuk show-off..

Friday, October 21, 2011

TVS Day 8

Asalamualikum wbt dan Salam sejahtera.
.
Hari ini saya buat TVS. Hari ke 8. Saya scan di Johor Maternity Centre, dekat dengan rumah tapi jauh dengan pejabat, jadi hari ini saya ambil kebenaran keluar 4 jam.
Sebenarnya sebelum scan saya telah surveyed 3 buah tempat.1.Hospital Pantai 2. KPJ Kluang Utama 3. Johor Maternity. Di Pantai Dr. perempuan, KPJ Kluang dan Johor Dr. lelaki. Bila sudah di
banding2 kan harga nampaknya Johor yang paling murah, melalui pertanyaan telefon pekerja yang bertugas menganggarkan caj tidak lebih dari RM 50. Manakala di 2 hospital yang saya sebutkan tadi kos consultation sahaja RM 50 tidak dicampur lagi dengan kos peralatan dan lain-paling kurang  pun mungkin RM100.

Saya datang jam 2.30pm dan dapat jumpa Dr dalam 3.30pm, ramai juga patients yang menunggu. Tempatnya tidaklah hebat seperti hospital swasta yang lain tapi saya puas hati sebab Dr.nya baik dan informatif. Beliau bertanya kenapa saya tidak terus buat IVF, tidak perlulah IUI katanya memandangkan usia saya sudah pun 3 series. Scan ada 4 biji telur, 3 kanan 1 kiri. Untuk pengetahuan saya juga ada masalah left ovary high, dr. di HUKM dan dr. di Johor mengatakan jika saya buat IVF mungkin dr. akan pening kepala sedikit jika telur keluar di bahagian kiri-susah untuk  keluarkan. Walaupun saiznya kurang 1mm dari ideal, namun saya rasa ia adalah perubahan yang lebih baik daripada tahun 2009 di mana saya mengambil Clomid antara 200mg-250mg (tidak ingat-tetapi dos maksimum) telur yang berjaya dihasilkan hanya satu sahaja, Dr. pun pening kepala..
Bulan yang seterusnya masih clomid dalam dos yang sama dan juga supplement Nutronix telur yang dihasilkan hanya 2 sahaja, dengan telur 2 itu saya buat IUI.Saya di beritahu Dr Luckmal (Johor Maternity) pesakit beliau ada yang sudah berjaya hamil melalui IVF kebanyakan berumur 35 ke bawah. Beliau mungkin mempuyai hubungan yang baik dengan Hospital UIA di Kuantan jadi pesakitnya dirujuk dihospital tersebut. Kabarnya kos IVF di sana hanya RM9000 sahaja.Kalau menurut di HUKM pula kos bergantung pada umur semakin meningkat usia maka semakin bertambah kos ini kerana dos ubat yang diambil adalah berlainan.
Kos yang dikenakan pada hari ini (scan+consultation) hanya RM20 sahaja!Memang sangat menjimatkan. Bayangkan jika saya pergi ke Pantai mungkin saya terpaksa membayar sekurang2nya RM100 untuk temujanji pertama.
Alhamdulillah.

Wednesday, October 12, 2011

My Inspiration

They are so good together.. (pic google)

Saya suka Bill & G.

They've shared their journey in dealing with infertility on Channel E- Bill & Guilliana, saya suke tengok..kawan2.... kita ni kira OK sebab bukan celeb so tak adalah paparazzi yg sibuk mengekor sana sini tanya bila nk pregnant? lps tu kecoh2 masuk kt ruang gosip, in our situation mmg ada gak mulut2 laser yg nyibuk2 tapi sy rasa B&G lagi pressure kan.. sbb mereka public figures. Banyak2 celeb kt dunia ni rasa2nya mereka berdua je kot yg sy harap sgt jgnlah bercerai-al-maklumlah kejadian cerai berai ni kan common among them. Tapi x adalah sampai sy doa masa lps solat..Cuma if that happens to them sy sedih la..
G penah mention dia pressure gak sbb dia the only one dlm family yg ada problem.. sedara-mara, kazen-mazen semua ada anak mcm paku susun. They had tried IUI once and IVF twice (depa kaya x apalah..) first time IVF berjaya tapi G miscarriage, the 2nd time it didn't work out. Now they are taking their time off before try lagi.. Bill pulak sgt loving (dlm TV cam tu la..hopefully real samalah jugak) & very supportive.
B&G ada wrote a book on infertility (rasanya org lain yg tuliskan-ghost writer, depa dictate je kot).
Ada yg dah baca ke?OK tak? (pic: google )