Friday, November 11, 2011

SA & Freezing @111111

Cantik no tu kan? Malah hari ni org berebut2 tempah tok imam nak menikah. Ada sapa yg anniversary hari ni? Happy anniversary lah ye..

Hari ni 111111 bukan anniversary saya..tapi hari ni suami saya buat Sperm Analysis dan freezing sekali kat MAC HUKM. Saya tak ikut..entah apa kejadian yang berlaku kat Bilik Berkat MAC tu saya tak tahu lagi. Tadi baru called dia kata semua OK..Alhamdulillah, so sperm terus buat freezing.Dia sampai rumah 3 jam lagi. Lepas ni baru interview.


Seperti yang telah saya gebang2kan sy akan buat ICSI, jadi Dr kata kalau sperm OK terus buat freezing aje..jimat masa dan tenaga (bukan senang nak keluarkan sperm dalam keadaan tertekan). Saya tak tahu bilik berkat tu ada apa..melalui googgling katanya dalam tu ada TV besar & DVD player..DVD XX tak tahu ada ke tak..kalau tak ada bawak siap2 dari rumah kih..kih (mcm lucah tapi I tell you mmg susah nak keluarkan S dalam keadaan cam tu).

2009 saya pernah buat IUI, sperm collect kat Klinik Dr Hamid, tempat projek berkat adalah di bilik bedah klinik tu..menurut husband keadaan tu membuatkan  dia rasa stress. Mungkin Dr Hamid betul2 nak berkat wal barakah jadi beliau tak nak libatkan elemen2 lucah whatever dgn kaedah rawatan beliau..masing2 punya cara. Di LPPKN katanya bilik pun ala2 di MAC.

Sebelum SA minimum tak boleh bersama selama 3 hari dan tak lebih 5 hari maximum.Sebab min & max boleh affect pada SA result @ quality (kalau nak freezing). Disamping itu di pihak sang suami try lah apa2 petua yg patut untuk tingkatkan kualiti sperm. Contoh: madu (ayam kampung) dan telur. Disamping itu doa kepada Sang Maha Pencipta jangan dilupa-wajib.

Kepada yang terbaca, doakan usaha kami ini berhasil ya..Amin.


Kos SA & Freezing :  RM100.

*New info MAC tak ada DVD XX, sapa nak bawak sendiri

Tuesday, November 1, 2011

Tentang TVS

TVS..Sakit tak? Bergantung kepada doktor. Sy pernah buat di Klinik Dr Hamid, Johor Maternity, Putra Medical Center (PMC)  dan MAC.
Paling saya tak suka masa buat di PMC dan MAC sakit! rasa macam kena korek2. Saya perasan ianya jadi tidak selesa bila transducer disalutkan dengan sarung tangan getah (latex), bukan sarung tangan basuh pinggan ya puan-puan. Di Johor Maternity doktor menyalutkan transducer dengan kondom. Sy pernah terbaca blog di mana tuannya itu bekerja dengan alat2 x ray, ultrasound, etc, beliau mengatakan transducer itu sepatutnya disalutkan dengan kondom bukan dengan sarung tangan getah. Ini kerana sarung tangan getah akan menghadkan view, itu yang doktor kena jolok ke kanan ke kiri berulang-ulang kali. Oleh kerana sy buat rawatan di HUKM maka selepas ini saya terpaksa redha nampaknya dengan "sarung tangan getah".

Nervous

Sy tengah nervous dan juga stress. Bukan sebab pregnant atau tidak.
Ceritanya..Khamis ini saya dipanggil untuk ditemuduga di sebuah IPTA di Selangor. Ini adalah temuduga saya yang pertama selepas 10 tahun. Walaupun sebenarnya sy rasa macam tak layak untuk jawatan yang diiklankan, ini memandangkan ahli akademik di fakulti tersebut hampir keseluruhannya mempunyai Phd.Saya...tak ada..
Saya tak ingat..tahun lepas (2010) secara suka2 saya ada mengisi borang permohonan jawatan online. Pada awal tahun ini pula- Mac kalau tak silap saya dihubungi oleh staf fakulti tersebut untuk menghantar CV dan permohonan lengkap ke Ketua Jabatan. Saya pun dengan terketar2 meminta izin daripada ketua saya untuk memajukan permohonan rasmi (saya kerja kerajaan jadi perlu ada restu ketua).Dalam bulan Mei pula 2 orang rujukan sy telah dihubungi melalui surat, dan mereka diminta untuk memberikan rujukan bertulis mengenai saya. Selepas itu senyap..sy pun tak mengharap memandangkan tahun ini kerajaan membekukan recruitment bagi jawatan tetap. Tiba2 pada minggu lepas sy dimaklumkan mengenai temuduga ini. 
Apa pun sy harap Allah akan memberikan sy rezeki di tempat tersebut. Sy juga berharap ini adalah satu petanda usaha2 TTC sy suami isteri akan membuahkan hasil. Dalam keadaan sekarang di mana saya dan suami tinggal berjauhan agak sukar untuk rawatan masalah dunia sy ini.

Kepada yang terbaca mohon doakan saya..rasanya cukuplah 6 tahun dalam Perkahwinan Jarak Jauh..sudah tidak sanggup lagi.

Friday, October 28, 2011

IUI CANCELLED

Nampaknya belum rezeki saya bulan ni. Telur2 yang ada kategori degil, tak mahu membesar pada kadar yang sepatutnya. Jadi memang tak layak untuk diIUIkan. Lepas TVS di MAC HUKM saya jumpa Dr. mak datok datin..ramainya..saya dapat jumpa dalam kira2 jam 7.30 pm..itupun selepas sy ada 4-5 patients.Dr pun dah muka penat..kali ni dia cakap tak payah buat IUI sbb ada hydroslapinx..mungkin the other tube pun ada jugak..terus buat ICSI katanya.Saya tanya knp x IVF?dia kata ICSI lagi canggih, terus cucuk sperm kat ovum, sperm tak banyak pun boleh buat, harga sama dgn IVF sbb equipment beli pakai fund government kalau kat luar tambah lagi RM5k..So next step, sy kena cucuk Puregon pulak start with 200iu.

Caj pada kali ini
TVS di MAC : RM 50
Consult dr : RM 58.50 (campur tax)

*Harga2 yang di tayangkan hanyalah untuk panduan semata2 tak ada niat untuk show-off..

Friday, October 21, 2011

TVS Day 8

Asalamualikum wbt dan Salam sejahtera.
.
Hari ini saya buat TVS. Hari ke 8. Saya scan di Johor Maternity Centre, dekat dengan rumah tapi jauh dengan pejabat, jadi hari ini saya ambil kebenaran keluar 4 jam.
Sebenarnya sebelum scan saya telah surveyed 3 buah tempat.1.Hospital Pantai 2. KPJ Kluang Utama 3. Johor Maternity. Di Pantai Dr. perempuan, KPJ Kluang dan Johor Dr. lelaki. Bila sudah di
banding2 kan harga nampaknya Johor yang paling murah, melalui pertanyaan telefon pekerja yang bertugas menganggarkan caj tidak lebih dari RM 50. Manakala di 2 hospital yang saya sebutkan tadi kos consultation sahaja RM 50 tidak dicampur lagi dengan kos peralatan dan lain-paling kurang  pun mungkin RM100.

Saya datang jam 2.30pm dan dapat jumpa Dr dalam 3.30pm, ramai juga patients yang menunggu. Tempatnya tidaklah hebat seperti hospital swasta yang lain tapi saya puas hati sebab Dr.nya baik dan informatif. Beliau bertanya kenapa saya tidak terus buat IVF, tidak perlulah IUI katanya memandangkan usia saya sudah pun 3 series. Scan ada 4 biji telur, 3 kanan 1 kiri. Untuk pengetahuan saya juga ada masalah left ovary high, dr. di HUKM dan dr. di Johor mengatakan jika saya buat IVF mungkin dr. akan pening kepala sedikit jika telur keluar di bahagian kiri-susah untuk  keluarkan. Walaupun saiznya kurang 1mm dari ideal, namun saya rasa ia adalah perubahan yang lebih baik daripada tahun 2009 di mana saya mengambil Clomid antara 200mg-250mg (tidak ingat-tetapi dos maksimum) telur yang berjaya dihasilkan hanya satu sahaja, Dr. pun pening kepala..
Bulan yang seterusnya masih clomid dalam dos yang sama dan juga supplement Nutronix telur yang dihasilkan hanya 2 sahaja, dengan telur 2 itu saya buat IUI.Saya di beritahu Dr Luckmal (Johor Maternity) pesakit beliau ada yang sudah berjaya hamil melalui IVF kebanyakan berumur 35 ke bawah. Beliau mungkin mempuyai hubungan yang baik dengan Hospital UIA di Kuantan jadi pesakitnya dirujuk dihospital tersebut. Kabarnya kos IVF di sana hanya RM9000 sahaja.Kalau menurut di HUKM pula kos bergantung pada umur semakin meningkat usia maka semakin bertambah kos ini kerana dos ubat yang diambil adalah berlainan.
Kos yang dikenakan pada hari ini (scan+consultation) hanya RM20 sahaja!Memang sangat menjimatkan. Bayangkan jika saya pergi ke Pantai mungkin saya terpaksa membayar sekurang2nya RM100 untuk temujanji pertama.
Alhamdulillah.

Wednesday, October 12, 2011

My Inspiration

They are so good together.. (pic google)

Saya suka Bill & G.

They've shared their journey in dealing with infertility on Channel E- Bill & Guilliana, saya suke tengok..kawan2.... kita ni kira OK sebab bukan celeb so tak adalah paparazzi yg sibuk mengekor sana sini tanya bila nk pregnant? lps tu kecoh2 masuk kt ruang gosip, in our situation mmg ada gak mulut2 laser yg nyibuk2 tapi sy rasa B&G lagi pressure kan.. sbb mereka public figures. Banyak2 celeb kt dunia ni rasa2nya mereka berdua je kot yg sy harap sgt jgnlah bercerai-al-maklumlah kejadian cerai berai ni kan common among them. Tapi x adalah sampai sy doa masa lps solat..Cuma if that happens to them sy sedih la..
G penah mention dia pressure gak sbb dia the only one dlm family yg ada problem.. sedara-mara, kazen-mazen semua ada anak mcm paku susun. They had tried IUI once and IVF twice (depa kaya x apalah..) first time IVF berjaya tapi G miscarriage, the 2nd time it didn't work out. Now they are taking their time off before try lagi.. Bill pulak sgt loving (dlm TV cam tu la..hopefully real samalah jugak) & very supportive.
B&G ada wrote a book on infertility (rasanya org lain yg tuliskan-ghost writer, depa dictate je kot).
Ada yg dah baca ke?OK tak? (pic: google )


TVS

Saya kena buat TVS on CD 8, 10, 12. 

D8 and 10 buat kat dr. dekat2 dgn umah. CD12 buat kat HUKM. Up till now tak decide lg nak buat TVS kat mana,saya duduk di tengah2 antara 2 daerah (cer teka kat mana?) dalam kedua2 daerah ni ada seorang je gynae perempuan, yg lain tu semuanya lelaki. Masalahnya masa saya nk buat TVS ni time hubby x ada..rasa malu ah.. Walaupun mereka tak heran mana melihat Vjj tu still gak rasa gedik malu..ha..ha..
*Akan dijolok (pardon me) dgn menda alah yg dlm kotak tu

Kalau buat IUI kena mandi wajib, TVS kena mandi wajib tak? (selama ni sy mandi je kalau buat dua2)

Tuesday, October 11, 2011

D Day

Finally..spt yg dijangka P dtg jua, so my cycle still sticks at 35- Day. This month takde spotting sgt mcm selalu2 kekadang 2-3 hr baru kuar menses yg betul, breast ppun x der sakit cuma semalam badan saya rasa berangin semacam, after lunch break terus je sy baring kat bilik, phone ringing pun sy x angkat..sampai ke malam angin satu badan asyik bersendawa n terkent2 je..mmg dh suspect mesti nk P sbb badan rasa semacam.hr ni dah ok sket..

Friday, October 7, 2011

Waiting..

Still waiting for Cik P to come..right after that Cik Clo lps tu Cik TVS..sigh

Wednesday, October 5, 2011

Progesterone

Dr dah reply kat e-mail.
10.5ng/ml

my result indicates that I don't ovulate regularly. maknanya mungkin kekadang ada kekadang x ada kot (tafsiran sendiri)..so wajib makan ubat or cucuk ubat untuk ovulate.

Whatever it takes..i will do it.

Tuesday, October 4, 2011

Cucuk-cucuk

Apa yg cucuk2?bukan cucuk collagen cam Pian cecupak or cucuk Botox cam KD ya..

Semalam sy tried accupunture.sakit?tak sakit langsung. Saya google n jumpa klinik TCM kat daerah sy, sy bayangkan kedai ubat tabib apek2, sekali smpai kt luar tempat tu fullamak! mcm salun kecantikan..cantik..sure mahal caj dia..sy pilih Dr perempuan dia grad frm China tp org Msia, sy bgtau problem sy n also ckp kt dia sy akan ambil pil kesuburan clomid jd sy x nk try ubat2 cina, nk try accupunture jek dulu. Dia cx nadi, lps tu baring dia cucuk 7 jarum kat bhg abdomen & 1 jarum kat area keting (kanan & kiri). Lps tu kat setiap jarum tu dia alirkan cas elektrik yg paling rendah so ada rasa getaran. Sesi dalm 30 minit. Masa period x blh buat. Dia cadangkan seminggu sekali buat treatment.
Gambar (google) lebih kurang mcm kt bawah (perut sy x kempis mcm dia)


Kos:RM 35

*Mariah Carey pun kabarnya buat accupunture b4 dpt twins, tapi dia buat sehari sekali..dia byk USD...
Kenapa sy buat accupunture? Saya ada baca couple of articles yg mentioned Accupunture blh enhance result IUI/IVF. Tak rugi mencuba yg penting mesti usaha.

Aktiviti Sihat aka Buang Lemak

Antara cara nak kurangkan gejala PCOS ialah dgn excercising...

Ok..sy dah lama excercise ni.. tp lebih byk tak buat dr buat, bulan puasa just 2-3 times je.Lps tu sampai abis raya asyik aktiviti kolesterol.Saya ada join satu studio senaman, agak jauh dr rumah kira2 25KM tapi x apa ada kawan sama2 p sana. Senam ramai2 dg loud music rasa seronok n semangat, lebih2 lg tgk kanan kiri awek2, makcik2 tayang perut kempis2, jeles pun ada.Satu sesi 1 jam..tp kalau Miss J gila sikit dia xtrakan 15 min..Kat situ ada jazxcercise,zumba, yoga, belly dancing, social dance, latin. Saya join jaz, zumba n yoga (baru nak join), belly penah ikut sekali tapi badan sy keras mcm tiang elektrik memeningkan kepala Miss LH aje nk ajar. So berikut adalah aktiviti senaman saya:

Monday - Jaz
Tuesday - Yoga (yg diluluskan oleh Fatwa pastinya)
Wed - Jaz
Thurs- Zumba
Friday - Jaz

Kalau x kurus tak taulah nak cakap apa...

Monday, October 3, 2011

Silap da..

Result progesterone test sy 4.5 je, mmg x lepas..yg OK 15 ke atas. sy emel dr betul ke sy kena buat on Day 21? sedangkan period sy 35 days..Dr sudah silap bagitau la..patutnya sy buat on Day 28
..mm sempat lagi..tapi sy mcm suspek low jugak hu..hu..
Hari ni Day 28, sy p BP Clinic buat re-test.
Kos : RM 25
Result akan diemail dlm masa 2 hari.

* Saya dh dpt result dlm masa 24 jam slps test. Result 10.5..still low rasanya.waiting for my dr.response now.

Supplement

Few days ago sy shopped barang2 di bawah-bukan nak show off tapi nk share aje.Hopefully sy akan istiqamah bukan hangat2 taik ayam aje:

1. Pomegranate Concentrate Gulsan : RM 27 -kat internet ada or jual RM25 jek ;(
2. Minyak Habatusauda : RM 33
3. EPO Biolife: RM 79.88 150 biji

Ni pulak jadual makan/minum bahan2 di atas dan bahan2 yg dibeli sebelum ni:

  • Morning dlm 7am Susu kambing +madu + frozen dates
  • lagi 5 minit nak p keja 1 sudu concentrate pomegranate
  • after morning tea or (kalau terlupa)  lunch EPO 1 capsul (1000mg)
  • malam dlm 9 pm EPO 1 capsule lagi
  • kalau time rajin b4 bedtime minum serbuk debunga kurma campur air suam
Time makan clomid nanti mungkin sy skip dulu mkn EPO.

Senyum )

Saturday, October 1, 2011

Apa Yang Sedang dan Akan DiCuba Bulan Ni?

Saya ingat nak try EPO since sy ada baca EPO boleh enhance CM quality, lately saya observe CM saya tak berapa nak CM tak pasti CM ke keputihan (ewwww..sori geli sikit dan juga banyak, tapi kena terus terang)..EWCM pun tak banyak dan lama.Tak sure boleh ke ambik sekali dengan clomid nanti? Dr saya cakap ok je. Clomid saya belum ambik lagi tunggu period bulan depan.

Selain tu skrg ni hari2 saya minum susu kambing + madu + kurma = khasiat sebenar tak tau, cuma yg pasti bagus sbb antara pemakanan Rasulullah SAW.

Kos:
Susu Kambing HR : RM 26
Madu Manuka : RM 54
Kurma : Free (kawan hadiah )

* Tadi sy jalan2 kat mall ternampak satu peket susu kambing merah dia tulis di situ perbezaan susu kambing dgn lembu antaranya:
- lembu mengawan setahun sekali (ye ke?), kambing pulak boleh mengawan hari2.
- lembu beranak sethn sekali  keluar1 ekor, kambing blh beranak 2 kali maksimum blh dpt 4 sekali keluar
..mcm kelakar lak, lps tu sy tanya hubby betul ka kambing mengawan hari2 (masa dia sekolah kt kg dulu mak paknya bela kambing). Dia jawap manalah dia tau kambing tu dok dlm kandang tak tau apa aktiviti depa mlm2..Sorry ah..kalau ter 18 SX

Thursday, September 29, 2011

Progesterone Test

Day 21 sy kena buat blood test. FYI period sy regular tapi panjang dlm 35 days.
Balik pada citer test ni. Masa D 21 adalah hari bekerja, jadi sy try la tanya kat klinik tempat kerja saya kalau mereka boleh buat test, jawapannya kena tanya doktor dulu, kalau ya pun boleh still kena hantar kat lab luar sbb lab kat klinik tempat keje saya boleh buat yg basic aje. Saya pun jumpa la Dr N, mula2 dia kata ok je..tapi bila dia mintak lab technologist tu cx balik kat boss besar..boss besar tak kasik..lepas tu Dr N tanya kat Lab Technologist tu boleh tak buat kalau patient bayar?, boss besar kata tak boleh jugak..saya tanya harganya berapa? RM 40 je..saya pun tak tau kenapa boss besar iteww tak benarkan bukannya saya nak free pun, sample tu pun bukan diorang hantar sendiri, org Gribbles akan dtg amik. Ok takpelah Dr N cakap sorry mungkin bos besar berpegang kepada arahan klinik tak menanggung rawatan fertility. Tapi Dr N bagi saya semangat dia kat ada staf dia PCOS tapi anak dah dua, in fact dia sendiri 7 thn baru dapat anak..saya tanya dia ada buat apa rawatan ke? Dia kata takk..just urut2 aje, and medic cx tapi tak proceed pun IUI walaupun Dr cadangkan. Dia minta saya bersabar dan jgn stress2.She wished me all the best.

Setelah keciwa saya pun pi la klinik panel, tanya benda yg sama, jawapannya juga mengeciwakan..dia kata test tu mahal takut patient tak nak (tak nak ke hapa aku memang nak lah).menyampah ok.

Selepas itu saya p the 2nd panel- dekat2 ngan umah saya..saya pun tak berapa confident boleh ke tak..kebetulan masa saya sampai kat situ tak de space nak parking, sy pun terus buat decision utk p BP lab yg terletak kira2 15km from my house and 30km frm my workplace.Test itu hanya RM 25 aje..apa lah susah sgt..saya tanya harga test seterusnya LH, FSH, thyroid, etc..dalam RM 140. Result  dapat dlm 2 hari, sy suruh dia email dulu result, hardcopy sy collect weekend. Dia cakap no prob. Result dapat lambat sbb sample kena hantar KL.

Mcm tu lah citernya..lps ni saya nk buat the 2nd test kat situ jugak.

Kos hari ni:
Blood Test : RM 25

*Sy dah dpt result sgt low rasanya 4.5 :( tgh tunggu reponse from Dr. apa; step yg patut sy buat lps ni.).

1st Appointment

Saya dah set appointment sy kat HUKM masa bulan puasa. Saya terus tanya dr mana yang buat IVF, receptionist beritau sekarang ada 1 dr je yg buat IVF kat situ..so saya pun pilih Dr Z (saya tak sure if di HUKM yg tak private ada dr lain yg boleh buat IVF). Dr adalah seorang yg busy jadi kena sabar bila nak tunggu dia..tapi Ok tak kisah sebab dia baik dan hensem (heh.heh..)

Maka pada pertengahan bulan Sept bermulalah perjalanan ini..

  • Spt biasa terangkan semua apa2 yg patut pd Dr. pasal previous treatment, tests dan lain2.kena terus terang tak boleh tipu2 ok..sy bwk X-ray HSG sy sekali.
  • Buat TVS..malu....Dr cx dua2 ovaries PCOS (sedih..) yg sebelah kiri dah ternaik sikit.
  • Dr suruh buat blood test on day 21 Progesterone. Day 2-5 LH, FSH etc. Dr suruh buat kat tempat saya je kat Gribbles, BP Lab ke or mana2 tak payah datang HUKM susah nk dtg jauh2 katanya.
  • Dr suruh juga buat TVS untuk Follicle tracking pada hari2 slps makan clomid (tak ingat sgt hari ke berapa kena cx balik).3 kali, juga dia suruh buat kat area sy tinggal..
  • Dr bagi e-mail address, utk inform kan pada dia ttg perkara di atas, boleh jimat consultation fee katanya.
  • Sy diberi Folic Acid 5 mg dan Clomid 150 mg
  • Kos consultation fee + ubat = RM 261 (ubat tak mahal dlm RM 6 je)
Selepas itu kami balik dgn penuh pengharapan..(Dalam hati rasa kesian pada hubby sbb dapat isteri yg bermasalah). I told him "I'm sorry.."

Wednesday, September 28, 2011

Salam

Salam perkenalan untuk kawan TTC semua. Hmm just nak kongsi2 pengalaman dan juga carik support group.Well, this journey is quite a lonely journey..yelah walaupun husband sentiasa bersama bila pergi check up, urut,,what not..tapi kita sendiri yang merasa dan lebih memahami body kita..lagipun bukan kita boleh share dgn sembarang org kan pasal ni, hanya mereka yg merasai aje yg memahaminya..so hopefully dengan blog ni dapatlah saya tulis apa2 yg berkaitan selain daripada reminder kepada diri sendiri apa yg dah dibuat.

Mula-mula saya nak citer sikit pasal history TTC saya :
  • dah kahwin masuk 6 tahun (uiiiiii..lama tu..)
  • before this TTC gitu2 je tak serius sbb lebih kurang 6 months after kawin sy sambung belajar..masa belajar lagilah sgt2 tak berusaha, kebetulan masa tu arwah mak tgh sakit jadi masa byk spent kat study and berulang-alik ke hospital.
  • 2007 my best friend buat lap sbb endometriosis (dia single), masa tu tak semena2 rasa takut..trus sy sorang2 p PUSRAWI jumpa Dr A, masa tu plak bulan puasa jd Dr A buat abdominal ultrasound je, dia detect ovary sebelah kanan sy bengkak..tapi dia tak buat conclusion apa2 dia suruh dtg lg lepas raya, masa tu saya terus sedih..lepas tu chickened-out sy tak dtg2 pun jumpa dia lagi..
  • 2008 balik semula bertugas (saya kerja ngajor-ngajor orang..) terpikir nak seek treatment kt area2 tmpt sy keje..sy n hubby pun p private hospital jumpa Dr S..orgnya baik, dia suruh kami ubah lifestyle makan ikut blood type..sebelum tu kami buat comprehensive blood test sgt mahal ok..(at least for me)dalam 2K tp sbb dh nk sgt buat ajelah..masa tu buat pap smear & SA sekali.Dr S ni seorang yg naturophaty dia tak suka drugs..lagipun masa tu berat saya teramat2 lah berat jadi dgn mengamalkan blood type diet saya berjaya kurangkan 6 kg dlm 9 hari. Treatment masa tu lebih fokus kepada turunkan berat badan dan menyihatkan badan. Banyak jugalah benda yg dia cadangkan (of course semuanya duit..) filter air alkali lah-RM3K, kami tak beli, ubat2 detox-pun tak beli jugak..saya hanya beli USANA je from him.Result blood test OK2 je..yg failed bhg cholestrol as always.SA pulak semuanya OK, morphology je ada kurang sikit. Dr S suruh buat SA lagi..tapi kami tak buat..rawatan hanya terhenti setakat itu sahaja.
  • 2009 usia makin meningkat @ tua..setelah discussed dgn hubby we decided utk buat treatment kt area KL pulak (FYI we are living about 300km away frm each other @ PJJ)..reason being senang sikit hubby nak teman tak payah ambik cuti lagipun bos dia sgt kedaung bab2 cuti ni. Bermulalah treatment kami dgn Dr H-private jugak. Berat badan masih tak ideal Dr kasi Metformin, Adipex(ingat2 lupa), clomid, sebelum tu Dr H buat TVS n dia nampak ovari saya PCOS--ooh baru saya tau jawapan kepada ovary bengkak tu..slps tu Dr suruh buat HSG. Gitu gini treatment berjalan dalam lebih kurang 4-5 bulan. Dr suruh try natural tak jalan jugak telur sy tak banyak.Akhirnya kami buat keputusan buat IUI - Dr H x ada proposed kan pun..masa tu ada 2 telur,bukan rezeki kami IUI tu failed-masa tu saya pun macam rasa tak bersungguh2 jadi tak adalah frust nonggeng.
  • 2010 berehat tak ada buat apa2 urut pun on off, tak dpt carik yg sesuai..pengalaman saya kebanyakan tukang urut ni suka bercerita tentang testimoni kejayaan masing2 (itu tak apalah saya faham..) dan nama sebenar patients adalah digunakan dan juga masalah mereka dinyatakan (bukan semua tukang urut).Patients tu kekadang sy kenal..kawan kerja..isteri opis mate..sy tak suka nanti nama saya pun diiklankan juga..Dah berehat je lagi pun sy tak selesa bhg perut digodeh2 kekadang rasa cramp mcm tercedera after each session.
  • 2011 lepas raya kami start balik dgn harapan kali ini akan membuahkan hasil,kami ke HUKM  yg private punya sbb tak nak tunggu lama, kali ni dah nekad nak buat IVF terus..tapi bila jumpa Dr dia suruh try clomid n buat IUI dulu, if only it fails baru try IVF yg riban2 cost nyer tu..tak apa demi mu anak..kereta  rumah ribu riban sampai berhutang bertahun2 takkan IVF dlm belas2 ribu tu tak boleh ye tak (walaupun kami ni bukan banyak duit mana..). Semoga Allah melimpahi rezeki kepada kami dan juga kawan2 semua yelah nak buat rawatan ni bukannya murah kan even p gomen pun still kena bayar ye tak? Kenapa sy nekad nak IVF terus? usia saya dah siri 3 lagipun tahun depan kalau boleh sy nak sambung belajar.