Wednesday, September 28, 2011

Salam

Salam perkenalan untuk kawan TTC semua. Hmm just nak kongsi2 pengalaman dan juga carik support group.Well, this journey is quite a lonely journey..yelah walaupun husband sentiasa bersama bila pergi check up, urut,,what not..tapi kita sendiri yang merasa dan lebih memahami body kita..lagipun bukan kita boleh share dgn sembarang org kan pasal ni, hanya mereka yg merasai aje yg memahaminya..so hopefully dengan blog ni dapatlah saya tulis apa2 yg berkaitan selain daripada reminder kepada diri sendiri apa yg dah dibuat.

Mula-mula saya nak citer sikit pasal history TTC saya :
  • dah kahwin masuk 6 tahun (uiiiiii..lama tu..)
  • before this TTC gitu2 je tak serius sbb lebih kurang 6 months after kawin sy sambung belajar..masa belajar lagilah sgt2 tak berusaha, kebetulan masa tu arwah mak tgh sakit jadi masa byk spent kat study and berulang-alik ke hospital.
  • 2007 my best friend buat lap sbb endometriosis (dia single), masa tu tak semena2 rasa takut..trus sy sorang2 p PUSRAWI jumpa Dr A, masa tu plak bulan puasa jd Dr A buat abdominal ultrasound je, dia detect ovary sebelah kanan sy bengkak..tapi dia tak buat conclusion apa2 dia suruh dtg lg lepas raya, masa tu saya terus sedih..lepas tu chickened-out sy tak dtg2 pun jumpa dia lagi..
  • 2008 balik semula bertugas (saya kerja ngajor-ngajor orang..) terpikir nak seek treatment kt area2 tmpt sy keje..sy n hubby pun p private hospital jumpa Dr S..orgnya baik, dia suruh kami ubah lifestyle makan ikut blood type..sebelum tu kami buat comprehensive blood test sgt mahal ok..(at least for me)dalam 2K tp sbb dh nk sgt buat ajelah..masa tu buat pap smear & SA sekali.Dr S ni seorang yg naturophaty dia tak suka drugs..lagipun masa tu berat saya teramat2 lah berat jadi dgn mengamalkan blood type diet saya berjaya kurangkan 6 kg dlm 9 hari. Treatment masa tu lebih fokus kepada turunkan berat badan dan menyihatkan badan. Banyak jugalah benda yg dia cadangkan (of course semuanya duit..) filter air alkali lah-RM3K, kami tak beli, ubat2 detox-pun tak beli jugak..saya hanya beli USANA je from him.Result blood test OK2 je..yg failed bhg cholestrol as always.SA pulak semuanya OK, morphology je ada kurang sikit. Dr S suruh buat SA lagi..tapi kami tak buat..rawatan hanya terhenti setakat itu sahaja.
  • 2009 usia makin meningkat @ tua..setelah discussed dgn hubby we decided utk buat treatment kt area KL pulak (FYI we are living about 300km away frm each other @ PJJ)..reason being senang sikit hubby nak teman tak payah ambik cuti lagipun bos dia sgt kedaung bab2 cuti ni. Bermulalah treatment kami dgn Dr H-private jugak. Berat badan masih tak ideal Dr kasi Metformin, Adipex(ingat2 lupa), clomid, sebelum tu Dr H buat TVS n dia nampak ovari saya PCOS--ooh baru saya tau jawapan kepada ovary bengkak tu..slps tu Dr suruh buat HSG. Gitu gini treatment berjalan dalam lebih kurang 4-5 bulan. Dr suruh try natural tak jalan jugak telur sy tak banyak.Akhirnya kami buat keputusan buat IUI - Dr H x ada proposed kan pun..masa tu ada 2 telur,bukan rezeki kami IUI tu failed-masa tu saya pun macam rasa tak bersungguh2 jadi tak adalah frust nonggeng.
  • 2010 berehat tak ada buat apa2 urut pun on off, tak dpt carik yg sesuai..pengalaman saya kebanyakan tukang urut ni suka bercerita tentang testimoni kejayaan masing2 (itu tak apalah saya faham..) dan nama sebenar patients adalah digunakan dan juga masalah mereka dinyatakan (bukan semua tukang urut).Patients tu kekadang sy kenal..kawan kerja..isteri opis mate..sy tak suka nanti nama saya pun diiklankan juga..Dah berehat je lagi pun sy tak selesa bhg perut digodeh2 kekadang rasa cramp mcm tercedera after each session.
  • 2011 lepas raya kami start balik dgn harapan kali ini akan membuahkan hasil,kami ke HUKM  yg private punya sbb tak nak tunggu lama, kali ni dah nekad nak buat IVF terus..tapi bila jumpa Dr dia suruh try clomid n buat IUI dulu, if only it fails baru try IVF yg riban2 cost nyer tu..tak apa demi mu anak..kereta  rumah ribu riban sampai berhutang bertahun2 takkan IVF dlm belas2 ribu tu tak boleh ye tak (walaupun kami ni bukan banyak duit mana..). Semoga Allah melimpahi rezeki kepada kami dan juga kawan2 semua yelah nak buat rawatan ni bukannya murah kan even p gomen pun still kena bayar ye tak? Kenapa sy nekad nak IVF terus? usia saya dah siri 3 lagipun tahun depan kalau boleh sy nak sambung belajar.




No comments:

Post a Comment