Thursday, September 29, 2011

1st Appointment

Saya dah set appointment sy kat HUKM masa bulan puasa. Saya terus tanya dr mana yang buat IVF, receptionist beritau sekarang ada 1 dr je yg buat IVF kat situ..so saya pun pilih Dr Z (saya tak sure if di HUKM yg tak private ada dr lain yg boleh buat IVF). Dr adalah seorang yg busy jadi kena sabar bila nak tunggu dia..tapi Ok tak kisah sebab dia baik dan hensem (heh.heh..)

Maka pada pertengahan bulan Sept bermulalah perjalanan ini..

  • Spt biasa terangkan semua apa2 yg patut pd Dr. pasal previous treatment, tests dan lain2.kena terus terang tak boleh tipu2 ok..sy bwk X-ray HSG sy sekali.
  • Buat TVS..malu....Dr cx dua2 ovaries PCOS (sedih..) yg sebelah kiri dah ternaik sikit.
  • Dr suruh buat blood test on day 21 Progesterone. Day 2-5 LH, FSH etc. Dr suruh buat kat tempat saya je kat Gribbles, BP Lab ke or mana2 tak payah datang HUKM susah nk dtg jauh2 katanya.
  • Dr suruh juga buat TVS untuk Follicle tracking pada hari2 slps makan clomid (tak ingat sgt hari ke berapa kena cx balik).3 kali, juga dia suruh buat kat area sy tinggal..
  • Dr bagi e-mail address, utk inform kan pada dia ttg perkara di atas, boleh jimat consultation fee katanya.
  • Sy diberi Folic Acid 5 mg dan Clomid 150 mg
  • Kos consultation fee + ubat = RM 261 (ubat tak mahal dlm RM 6 je)
Selepas itu kami balik dgn penuh pengharapan..(Dalam hati rasa kesian pada hubby sbb dapat isteri yg bermasalah). I told him "I'm sorry.."

2 comments:

  1. as salam... salam perkenalan. sy rasa kena pggil akak kan :) sy nk tanye, lepas semua procedure ni baru akak akan buat IVF ek?

    ** sy dah folo akak :)

    ReplyDelete
  2. thx bam..akak akan buat iui dulu Insha'Allah..

    ReplyDelete