Friday, October 21, 2011

TVS Day 8

Asalamualikum wbt dan Salam sejahtera.
.
Hari ini saya buat TVS. Hari ke 8. Saya scan di Johor Maternity Centre, dekat dengan rumah tapi jauh dengan pejabat, jadi hari ini saya ambil kebenaran keluar 4 jam.
Sebenarnya sebelum scan saya telah surveyed 3 buah tempat.1.Hospital Pantai 2. KPJ Kluang Utama 3. Johor Maternity. Di Pantai Dr. perempuan, KPJ Kluang dan Johor Dr. lelaki. Bila sudah di
banding2 kan harga nampaknya Johor yang paling murah, melalui pertanyaan telefon pekerja yang bertugas menganggarkan caj tidak lebih dari RM 50. Manakala di 2 hospital yang saya sebutkan tadi kos consultation sahaja RM 50 tidak dicampur lagi dengan kos peralatan dan lain-paling kurang  pun mungkin RM100.

Saya datang jam 2.30pm dan dapat jumpa Dr dalam 3.30pm, ramai juga patients yang menunggu. Tempatnya tidaklah hebat seperti hospital swasta yang lain tapi saya puas hati sebab Dr.nya baik dan informatif. Beliau bertanya kenapa saya tidak terus buat IVF, tidak perlulah IUI katanya memandangkan usia saya sudah pun 3 series. Scan ada 4 biji telur, 3 kanan 1 kiri. Untuk pengetahuan saya juga ada masalah left ovary high, dr. di HUKM dan dr. di Johor mengatakan jika saya buat IVF mungkin dr. akan pening kepala sedikit jika telur keluar di bahagian kiri-susah untuk  keluarkan. Walaupun saiznya kurang 1mm dari ideal, namun saya rasa ia adalah perubahan yang lebih baik daripada tahun 2009 di mana saya mengambil Clomid antara 200mg-250mg (tidak ingat-tetapi dos maksimum) telur yang berjaya dihasilkan hanya satu sahaja, Dr. pun pening kepala..
Bulan yang seterusnya masih clomid dalam dos yang sama dan juga supplement Nutronix telur yang dihasilkan hanya 2 sahaja, dengan telur 2 itu saya buat IUI.Saya di beritahu Dr Luckmal (Johor Maternity) pesakit beliau ada yang sudah berjaya hamil melalui IVF kebanyakan berumur 35 ke bawah. Beliau mungkin mempuyai hubungan yang baik dengan Hospital UIA di Kuantan jadi pesakitnya dirujuk dihospital tersebut. Kabarnya kos IVF di sana hanya RM9000 sahaja.Kalau menurut di HUKM pula kos bergantung pada umur semakin meningkat usia maka semakin bertambah kos ini kerana dos ubat yang diambil adalah berlainan.
Kos yang dikenakan pada hari ini (scan+consultation) hanya RM20 sahaja!Memang sangat menjimatkan. Bayangkan jika saya pergi ke Pantai mungkin saya terpaksa membayar sekurang2nya RM100 untuk temujanji pertama.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment