Tuesday, October 1, 2013

Lost My Way Here

Laaaaaaaama sangat tak update blog..lupa username and password.. apa dah..

Apa khabar mommies semua..ada berita gumbira..kala ada Alhamdulillah. Kalau belum lagi teruskan usaha OK..

don't be sad, be happy :)

Almost 2 tahun tak ada entry. Sedey..Sebenarnya towards penghujung 2011 dan separuh tahun 2012 saya focused pada treatment di MAC HUKM. Suka, duka, tangis dan tawa semua ada.

Diringkaskan cerita saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung bulan Februari 2013. Alhamdulillah, rasa macam tak percaya pulak jadi ibu. Maklumlah setalah 7 tahun berkahwin baru dikurniakan baby. Kuasa Allah, saya berjaya conceived setelah melakukan FET. The first try, tak erjaya (sangat sedih masa tu, tapi think positive- everything happens for a reason). Saya took a break hampir 6 bulan baru try FET. Takut juga kalau gagal, tapi kalau tak cuba macamana nak Berjaya, so saya gagahkan jua. Selepas FET, Prof Zainul tak suruh test kat rumah, sy confirme the pregnancy in the next visit after the FET, masa tu dah 6 weeks. Naturally we were happy, siapa tak gembira kan, setelah melalui segala eksperimen sains dan teknologi dan etc.
 
FET
Transfer 3 embrio, tapi Allah tahu satu ialah terbaik untuk saya dan suami.Ada lagi 3 in storage. Insya Allah, walaupun satu hari nanti Allah tentukan saya boleh pregnant naturally saya tetap akan buat another FET. Bila? tunggu slim sket..Right now I still look like a pregnant lady :(
 
PREGNANCY
Agak teruk juga, mostly sebab gastric, tak boleh nak makan sangat sbb nanti ada gastric reflux (gemok jugak). Kena cirit birit muntah2 sampai lembik.Lepas sarapan je mesti jantung degup deras dan peluh cam nak pitam sebab gastric, masa 6-7 bulan kena kencing kotor bukan takat tu je, kat private part rasa sakit (sorry) dan macam2 lagilah. Dahlah suami tak duduk sama, so sorang2 je lah menanggung segala sakit pingang, simpul biawak tengah malam bagai. Tapi dipenghujungnya it was all worth it.
 
DELIVERY
Saya melahirkan secara C Sect. I chose for it. Kenapa? I didn't want to pose any risk on the baby, he is our precious. Awal2 mmg plan nak natural birth tapi bila saya baca mcm2 kisah baby lemas, etc sy jadi takut. My Dr was open about it. Tapi bila towards the end of the pregnancy Dr cx umblical(betul ke eja?) chords blocked cervic so it was a good choice to deliver through C Sect, as we did not want to risk on anything. Sy delivered on my 37 weeks-unplanned patutnya minggu 38, masa pergi dah terbukak 1 cm, so drpd elective terus jadi emergency c sect. Masa prosedur mmg tak selesa sbb tak puasa (baru lepas 3 jam makan)rasa nak muntah dan asyik Tanya Dr bila nak siap jahit?Masa tu husband boleh masuk sekali Dr kasi sbb precious baby (selain nak kasi insap sikit heh hhe). Husband cakap dia Nampak darah banyak jatuh kat lantai.
 
Lepas keluar baby tak terus  nangis-keadaan kalut kejap, sy mmg takut giler (kalau ingat2 balik nak nangis pun ada) Dr bius dan nurses semua dah keliling dia buat suction etc, last2 dr cocok jarum kat montot dia baru lah nangis. Alhamdulillah..
 
Sy bersalin kat private hospital yg tak ada facility NICU, Dr suspected my baby ada problem with pneumonia, so baby transferred ke hospital kerajaan dalam 2 jam lepas lahir (sedih sgt2 sbb berpisah). Ambulan hospital kerajaan datang jemput baby..sedih..sedih..saya checked out dulu bbay stayed kat NICU 5 hari. Lps 5 hari checked out, tapi ada kuning pulak, tapi mild just buat daily check up kat KK je.


BERPANTANG
Pantang biasa2 aje. hire confinement lady dalam 3 minggu, dtg daily.hari ke 31 dah minum ais-masa tu cuaca tgh summer sgt2. Kesannya, gemok gedempol.

BREASTFEEDING
Dengan rasa rendah diri-saya tak BF, tak pernah direct contact BF, sebab? tak kuat semangat. Teruk kan? Rupanya putting sy cenonet dan baby dah tak sabar nak dpt susu (masa kat NICU minum pakai cawan-kejap je dah siap). Masa lps deliver x ada terus BF (spital swasta tak ada policy BF). Masa pantang ada juga pam tapi adalah 1 oz 2 oz.  boleh nak keluar byk, sbb baby tak pernah hisap direct.Last2 saya surrender, kesian anak saya kalau letak kat breast tak ada apa2 feeling. Sebelum tu nurses dh tolong jugak tp sy kot yg tak reti camana nak gayakan. Saya harap lepas ni kalau Allah bagi rezeki lagi sy dapat BF.Sekarang baby minum susu kambing Karihome.
 
 
Akhir kata, kepada yang Berjaya tahniah, kepada yang masih berusaha-do not ever give up. Cubalah apa kaedah sekali pun yang termampu paling penting ianya tak menyalahi hukum Allah.
 
 

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete