Tuesday, November 1, 2011

Nervous

Sy tengah nervous dan juga stress. Bukan sebab pregnant atau tidak.
Ceritanya..Khamis ini saya dipanggil untuk ditemuduga di sebuah IPTA di Selangor. Ini adalah temuduga saya yang pertama selepas 10 tahun. Walaupun sebenarnya sy rasa macam tak layak untuk jawatan yang diiklankan, ini memandangkan ahli akademik di fakulti tersebut hampir keseluruhannya mempunyai Phd.Saya...tak ada..
Saya tak ingat..tahun lepas (2010) secara suka2 saya ada mengisi borang permohonan jawatan online. Pada awal tahun ini pula- Mac kalau tak silap saya dihubungi oleh staf fakulti tersebut untuk menghantar CV dan permohonan lengkap ke Ketua Jabatan. Saya pun dengan terketar2 meminta izin daripada ketua saya untuk memajukan permohonan rasmi (saya kerja kerajaan jadi perlu ada restu ketua).Dalam bulan Mei pula 2 orang rujukan sy telah dihubungi melalui surat, dan mereka diminta untuk memberikan rujukan bertulis mengenai saya. Selepas itu senyap..sy pun tak mengharap memandangkan tahun ini kerajaan membekukan recruitment bagi jawatan tetap. Tiba2 pada minggu lepas sy dimaklumkan mengenai temuduga ini. 
Apa pun sy harap Allah akan memberikan sy rezeki di tempat tersebut. Sy juga berharap ini adalah satu petanda usaha2 TTC sy suami isteri akan membuahkan hasil. Dalam keadaan sekarang di mana saya dan suami tinggal berjauhan agak sukar untuk rawatan masalah dunia sy ini.

Kepada yang terbaca mohon doakan saya..rasanya cukuplah 6 tahun dalam Perkahwinan Jarak Jauh..sudah tidak sanggup lagi.

2 comments:

  1. lamanya jarak jauh......saya 5 bulan pun dah rasa penat...awak sangat tabah..moga kesabaran buat awak dan suami akan sentiasa kukuh..dan nikmati kesabaran itu dgn chaya mata yang akan dikurniakan nnti

    ReplyDelete