Friday, November 11, 2011

SA & Freezing @111111

Cantik no tu kan? Malah hari ni org berebut2 tempah tok imam nak menikah. Ada sapa yg anniversary hari ni? Happy anniversary lah ye..

Hari ni 111111 bukan anniversary saya..tapi hari ni suami saya buat Sperm Analysis dan freezing sekali kat MAC HUKM. Saya tak ikut..entah apa kejadian yang berlaku kat Bilik Berkat MAC tu saya tak tahu lagi. Tadi baru called dia kata semua OK..Alhamdulillah, so sperm terus buat freezing.Dia sampai rumah 3 jam lagi. Lepas ni baru interview.


Seperti yang telah saya gebang2kan sy akan buat ICSI, jadi Dr kata kalau sperm OK terus buat freezing aje..jimat masa dan tenaga (bukan senang nak keluarkan sperm dalam keadaan tertekan). Saya tak tahu bilik berkat tu ada apa..melalui googgling katanya dalam tu ada TV besar & DVD player..DVD XX tak tahu ada ke tak..kalau tak ada bawak siap2 dari rumah kih..kih (mcm lucah tapi I tell you mmg susah nak keluarkan S dalam keadaan cam tu).

2009 saya pernah buat IUI, sperm collect kat Klinik Dr Hamid, tempat projek berkat adalah di bilik bedah klinik tu..menurut husband keadaan tu membuatkan  dia rasa stress. Mungkin Dr Hamid betul2 nak berkat wal barakah jadi beliau tak nak libatkan elemen2 lucah whatever dgn kaedah rawatan beliau..masing2 punya cara. Di LPPKN katanya bilik pun ala2 di MAC.

Sebelum SA minimum tak boleh bersama selama 3 hari dan tak lebih 5 hari maximum.Sebab min & max boleh affect pada SA result @ quality (kalau nak freezing). Disamping itu di pihak sang suami try lah apa2 petua yg patut untuk tingkatkan kualiti sperm. Contoh: madu (ayam kampung) dan telur. Disamping itu doa kepada Sang Maha Pencipta jangan dilupa-wajib.

Kepada yang terbaca, doakan usaha kami ini berhasil ya..Amin.


Kos SA & Freezing :  RM100.

*New info MAC tak ada DVD XX, sapa nak bawak sendiri

4 comments:

  1. Minggu akhir contest di blog Mahamahu hadiah wang tunai dan barangan masih milik anda sertai sekarang..

    ReplyDelete
  2. Salam, masih berblog??? Sy agak confused..sy diberitahu sperm freezing haram dlm islam. Sy try nak opt utk freezing kat hkl last month as hubby away masa scheduled iui tp staff kata muslim xblh as haram freezing...

    ReplyDelete
  3. Sorry as i thought u were muslim... Sorry again

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I am a Muslim, a practicing one in fact. Jika sperm yg di freeze itu adalah dari suami yang sah dan akan dicantumkan dengan telur isteri yang sah maka itu adalah tak haram Insya Allah.Jika ia untuk di trade ke org lain mcm di barat si nun memanglah haram.

      Delete